1.Penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa
puasa dapat membuang toksik/ racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
2. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubatan moden.
3. Puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat menajamkan minda. Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal berkesan.
4.Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan penyelidikan psikologi telah membuktikan bahawa puasa boleh mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan orang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang tidak berpuasa.
5.Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.
Keputusan didapati, kongres itu telah menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas. Rupanya sama dengan 4 resolusi Pertubuhan Kesihatan SeDunia dalam mengenal pasti pelbagai punca penyakit masa kini disebabkan sindrom metabolik. Empat perkara yang sama itu ialah:
- Menurunkan gula darah,
- Tekanan darah,
- Lipid darah dan:
- Berat badan atau obesiti.
Hm~~nampaknya puasa memberi banyak manfaat kepada tubuh kita,,so sangatlah rugi kepada sesapa yang meninggalkan puasa tanpa sebab,,thanz cuse sudi baca,,till den,,moshie-moshie~~
klik-klik :)
p/s:kepada golongan yang sesaja buat2 gastrik time bulan puasa sila la insaf yerk!! cuse puasa nie sangatlah bermanfaat kepada tubuh anda,,peace :)
No comments:
Post a Comment