Thursday, July 28, 2011

Welcome ramadhan (^ ^)

Holla~~dua ke tiga hari lagi semua umat islam akan menyambut bulan ramadhan*yes2 ada chan nk kurus,,ak saja jer nak tau,,apa yang slalu korang buat malam pengumuman puasa tu eh??makan banyak2?? minum sampai kembong perut?? or da start wat2 gastrik??


Ermm~~kalau family ak plak,,semua akan tepacak depan tv  tunggu hencek ensem wat pengumuman puasa~~bunyi dya lebey kurang cmnie~ "Assalamuailakumwarahmatullahhiwabarakatuh.. bagi menyempurnakan titah perintah seri paduka baginda yang dipertuan agong,,setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja..maka adalah dengan ini saya mengishtiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri2 seluruh malaysia telah ditetapkan pada.."*ak wat part time hafal skrip nieh..tapi kan ada orang cakap hencek ensem da besara tahun nie??betol kew..betol kew??alahai sedey kowt da tabley tengok dya di tv*kalau betol la kn


hencek ensem

Okeyh~~tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia pada tahun ini ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.



Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara malam itu juga menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Horite,,sila tepacak depan tv masing2 ahad malam nie okeyh,,make sure korang da on tv tu yer*mna tau kowt2 excited sampai lupa on tv,,thanz cuse sudi baca,,till den,,moshie-moshie~~

No comments:

Post a Comment