Friday, August 19, 2011

Antibiotic,,apa perlu anda tahu??

Holla~~sowi der lama ak x update belog yang tak berapa cute nieh..tadak mood kowt tekak ak nieh asyik meragam memanjang,,uhuk3~~sahur tadi time makan ubat tetiber ak terpikir nak kongsi ngan korang sume pasal antibiotic,,yups!! untuk pengetahuan korang antibiotic nie merupakan golongan pelajar yang anti subject bio hehe~~juz kidding,,ak kompem korang sume mesti tau apa itu antibiotic an,,bagi sesapa yang still wat2 tatau meh2 sini ak nak gtau kasi clear!!

Antibiotic merupakan sejenis sebatian kimia yang digunakan untuk melawan jangkitan microorganisma seperti kuman atau bacteria.Antibiotic boleh diperoleh daripada sumber biologi seperti kulat.Dengan kemajuan kimia organik,antibiotic kini boleh dihasilkan daripada sistesis kimia.Antibiotic bertindak dengan membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.

Namun antibiotic mesti dimakan hingga habis.Ini adalah untuk memastikan semua microorganisma yang menyebabkan penyakit dibunuh untuk mengelakan terdapat microorganisma yang akan imun kepada antibiotic tersebut.

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

So,,cmna?? ada rasa gerun n insaf tak lepas baca artikel atas tuh,,lepas nie make sure korang habiskan antibiotic yang doktor bagi,,kalau tak,, ak memang respect korang tahap zirafah cuse korang nieh sangat baik hati beri peluang kedua untuk bacteria dalam badan korang tu membiak dengan jayanya :)Dah,,ak dah start membebel,,baik ak stop dulu sebelom ntry nie jadi panjang tah apa2,,thanz cuse sudi baca,,till den ,,moshie-moshie~~

No comments:

Post a Comment