Friday, August 5, 2011

Kelebihan besahur

Anda sudah bersahur pagi ini?? Sahur kew tak nieh??erm,,jam habis betri ?? Alalala~~ takyah ler bagi alasan der~~ Korang tau tak sangat rugi kalau korang skip sahur sebab sahur nie ada banyak kelebihan tau!!Meh2 dekat siket ak nak story2 kelebihan sahur*sapa yang dah tau sila baca lagi okeyh!! Saja nak bagi korang pahala lebey (^ ^)



1.       Nabi bersabda, “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah) Dalam hadis ini bersahur dikaitkan dengan keberkatan. Keberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

2.       Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

3.       Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani)

4.       Nabi  bersabda, “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur.” (Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai) Mengikut hadis ini pula, bersahur menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab(yahudi n nasrani)



Orite~~ selain disunatkan besahur kita juga disunatkan melewatkan bersahur,,ermm~~ tertanya2 kenapa sunat sahur lewat nie?? Ada perbezaan kew sahur awal dan lewat??Kompem la ada,,hehe~~meh2 ak sambong story~~

1.    Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

2.    Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

3.       Penekanan nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah amat penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi.

sahur makan piza *mlampau2!!

Lepas baca ntry nie ak harap korang ringan2kan mata tu buka time sahur ,,tak rasa rugi ker skip sahur?? Haa~~ce jawab!! Worite start esok ak nak korang sume bangun sahur okeyh*ini kes paksaan,,thanz cuse sudi baca,,till den,,moshie-moshie~~

p/s: nak makan sahur sedap2 sila la balik rumah ,,suroh mak masak ye~~

No comments:

Post a Comment