Tuesday, August 2, 2011

Mari membayar zakat

Holla~~ ak rasa maybe tak terlalu awal kalau ak post ntry nie kan2?? Okeyh,, kenapa kita diwajibkan membayar zakat?? ada sesapa bole tolong jawab??ahaaha,,okey kalau tatau jawab meh ak nak story secara ringkas,,zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.






Worite,,adakah anda tergolong dalam kalangan yang diwajibkan membayar zakat??hmm,,masih ragu2?? hehe jom2 kita lihat adakah anda yang super cute ini tergolong dalam golongan tersebut


1.ISLAM
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.


2.MERDEKA
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat


3.MILIK SEMPURNA
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.


4.CUKUP NISAB
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas)


5.CUKUP HAUL
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.


6.NIAT UNTUK BERNIAGA
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.


Hmm,,adakah anda tergolong dalam golongan tersebut?? jika ya sila scroll ke bawah*ini arahan okeyh(^ ^)






Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.30
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.30
Johor
6.50
Pahang
7.30
Terengganu
6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.60
Sarawak
7.50
Sabah
7.70
Wilayah Persekutuan
7.00




Seperti yang semua orang sedia maklum zakat fitrah boleh ditunaikan sepanjang bulan ramadhan,,namun dalam sepanjang bulan tersebut terdapat masa2 yang makruh,haram serta afdal~~nak tau bila masa tu?? okeyh jom baca dibawah :)





  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.



Okeyh hope ntry nie dapat bantu korang menunaikan zakat untok taun nie,,jangan wat2 lupa plak yer~~okeyh thanz cuse sudi baca,,till den,,moshie-moshie~~





No comments:

Post a Comment