Thursday, August 25, 2011

Sifat- sifat syaitan yang patut dicontohi??

Holla~~gembira rasa hati melihat dusun buah-buahan*uishhh menyanyi pulak budak nieh,,hehe~~sorry la der nyanyi sikit tadi cuse ak happy tengok counter tepi belog ak tu dah no 2222,,seperti yang semua orang sedia maklum*bajet semua orang tau ker ak memang sangat suka plus cintakan no 2 nieh sebab tarikh lahir ak 2.2.1992* inteframe sikit bday,, mana tau ada orang nak bagi hadiah,,huhu so apa2 benda yang berkaitan no 2 ak sangat suka kecuali jadi isteri no 2,,ahhahaha~~



Dah2,,sila kembali kepada bumi yang nyata!!Ada ker sifat syaitan yang patut kita contohi!!takan Syaitan yang sah2 menjadi musuh tradisi anak adam sejak zaman berzaman nie kita patut follow,,ko nie biar betol fun!! takan nak buat kontroversi murahan pulak!! Chill dulu yer korang semua,,don't judge the book by it's cover,,baca dulu ntry nie sampai habis lepas tu baru komen,,okeyh let's cekidaut!!~~

1. Pantang menyerah
Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.
2. Kreatif
Syaitan akan mencari cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin seronok saja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh merugikan orang lain. Yang Haram dianggap menjadi hal yang halal.
3. Konsisten
Syaitan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluh perihal pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.
4. Bekerjasama
Sesama syaitan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti.
5. Genius
Syaitan paling pintar otaknya dalam mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru tidak mahu mencipta idea-idea baru.
6. Tanpa Merintih
Syaitan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa. Sedangkan manusia tidak akan melakukan sesuatu kerja tanpa bayaran. Seharusnya bukanlah hal yang terpenting dalam hidup ini! Harusnya kita saling membantu kepada sesama umat manusia.
7. Suka berteman
Syaitan adalah makhluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois. Manusia dalam mengerjakan sesuatu cenderung ingin menonjolkan kemampuannya sendiri berbanding bekerjasama dengan orang lain.

Okeyh pesanan untok korang!sifat jahat syaitan jangan pulak korang tiru,,mentang2 ak cakap sifat syaitan patut dicontohi sekali yang jahat pown korang ikut,,ntry atas tu sekadar renungan untuk korang lihat bagaimana sifat syaitan yang tidak pernah berputus asa mahupun merintih untuk membawa anak adam kearah kesesatan.Namun jika kita mempraktikkan sifat tidak mudah berputus asa tersebut dengan cara yang betul dengan izin allah kita akan berjaya didunia dan akhirat,,amin~~thanz cuse sudi baca,,till den,,moshie-moshie~~

p/s:jangan tiru sifat jahat tau!!sekali lagi jangan tiru okeyh!! 





2 comments:

  1. hehe.. yg baek di contohi.. like~~

    ReplyDelete
  2. yup,,yang baik jer tau,,yang xbaik jangan ikut ~~ (^ ^)

    ReplyDelete