Friday, July 1, 2011

I'm addicted

Holla~~sila jangan panic(ada org panickah??) ak bukan drug addicted or food addicted but I’m Korean addicted..so untuk ntry kali nie ak juz nak kongsi ngan korang semua tentang drama2 korea yang membuat ak addict,,,,sekalung penghargaan dan ucapan tahniah ak ucapkan kepada x roomateku kerana berjaya membuatkan ak yg dulu "buta korea" menjadi addicted tahap cipan terhadap drama korea yang superb nieh~~so kpd ssapa yang belom addict terhadap movie nie sila addicted lpas baca ntry nie (^ ^)

Okeyh2 meh ak suggest drama yang mampu buat korang sume addict ~~ first drama korea yang ak tgok “boys over flower”,,lepas tgok drama nie ak teros mengalami simptom2 seperti tak bley tidor malam,,mata tak bley tutop cuse asyik nak tgok drama nie sampai habis (total 25 ep.) + tgok Ji Ho a.k.a Kim Hyun Joong yang chowmell~~hencek mr.right sila jangan jelez T____T




Erm,,ak sure mesti ramai yang dah lama tgok drama nie kan2,,tapi bagi sesapa yang belom tgok g meh baca sinopsisnya : )

Jan Di merupakan seorang gadis biasa yang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kedai dobi yang terletak berhampiran sekolah terkenal Shin Hwa College.Selepas menyelamatkan seorang pelajar melompat dari bumbung Shin Hwa,dia diterima masuk kesekolah tersebut selepas mendapat biasiswa renang.Di sekolah tersebut Jan Di bertemu 4 jejaka kacak dan kaya dikenali sebagai F4,Jan Di sedaya upaya cuba mengelakan diri dari mempunyai masalah dengan F4 kerana dia tahu akibatnya. Namun, apabila teman Jan Di, Oh Min Ji, secara tidak sengaja menjatuhkan aiskrim dikasut ketua F4 ,dia terpaksa mengisytiharkan perang terhadap ketua F4, Goo Joon Pyo. Apa yang akan berlaku apabila dia jatuh cinta dengan seseorang dari F4 dan Goo Joon Pyo mula rasa sesuatu terhadap Jan Di? Adakah cinta segitiga mengganggu F4 dan mengubah kehidupan mereka selama-lamanya?




Selain dari Boys over flower,,drama Secret Garden  pown bez gak,,sinopsisnya camnie~~

Mengisahkan tentang Kim Joo Won(Hyun Bin) seorang CEO yang arrogant dan memiliki sebuah pusat membeli belah . Kerana sebuah salah faham, Joo Won berkenalan dengan Gil Ra Im(Ha Ji Won) seorang Stunt Woman dan akhirnya Joo Won menyukainya. Namun Ra Im terus menolaknya dan akhirnya Joo Won pun memutuskan untuk melupakan Ra Im, Ra Im pula begitu mengagumi sepupunya, Oska(Yoon Sang Hyun) yang merupakan seorang penyanyi. Semetara itu Joo Won  mengadakan blind date dengan Yoon Seul(Kim Sa Rang) dan ternyata Yoon Seul ini adalah bekas kekasih Oska.) Jong Soo adalah Bos Ra Im di Action School dan diam-diam menyukai Ra Im. Pada suatu hari Joo Won dan Ra Im tersesat di hutan dan mereka menjumpai sebuah rumah di hutan itu. Pemilik rumah itu memberikan minuman kepada mereka berdua yang membuat mereka berdua tertukar jiwanya. Jadi jiwa Joo Won ada ditubuh Ra Im sementara jiwa Ra Im ada di tubuh Joo Won.Apakah yang akan terjadi??



klik-klik :)



Kepada sesapa yang nak download movie korea korang bley klik link nie :)

Orite ,,sampai sini ntry untuk kali nie,,thaz cuse sudi baca,,till den,,moshie-moshie~~

p/s:drama playful kiss, personal taste,baby n me,1 liter of tear,my little bride,my girl,sassy girl,doremifasolatido,coffee prince,hanazakari no kimi tachie,my Gf is gumiho,,lalala~~ sila tgok semua :)

2 comments:

  1. semua drama yang hang tulis aku da khatam. n of coz lah mereka sangat best! hehehe

    ReplyDelete
  2. haha~~bgos2,,ada drama baru x,,ak nie baru amatur dlm drama korea nie~~

    ReplyDelete